Kehidupan peribadi Changmin

Selain bahasa ibunda beliau, Changmin juga fasih dalam bahasa Jepun. Beliau tamat sekolah dari Sekolah Tinggi Gaepo pada 2006 dan diterima masuk ke Universiti Kyung Hee pada 2009, major dalam bidang muzik pasca modern. Pada 2011, beliau mengambil sarjana muda kedua dalam bidang Seni dan Filem di Universiti Konkuk. Beliau kemudian melanjutkan pengajian sarjana di Universiti Inha. Beliau juga mempunyai minat untuk menjadi jurugambar profesional dan merupakan pelajar kepada jurugambar Kim Young-joon.[petikan diperlukan]

Kerja sukarela

Pada Januari 2008, Changmin menawarkan diri dengan ayahnya dalam pembersihan pantai di Taean, Korea Selatan berikutan tragedi tumpahan minyak terburuk dalam sejarah. Perjalanan beliau ke Taean dilakukan secara rahsia semasa rehat pendek dari aktiviti TVXQ sewaktu cuti tahun baru dan hanya diketahui umum apabila sukarelawan lain memuatnaik kehadiran beliau dalam sebuah laman peminat. Insiden ini kemudian disahkan oleh agen TVXQ.[19]

Khidmat tentera

Pada 7 Julai 2015, Changmin memohon untuk menyertai Polis Tentera untuk menunaikan tugas beliau sebagai warganegara Korea Selatan, iaitu khidmat tentera selama 2 tahun. Beliau dimasukkan ke Angkatan Tentera Republik Korea sebagai polis tentera pada 19 November 2015. Changmin menerima latihan asas selama lima minggu di Kem Latihan Tentera Chungnam Nonsan dan merupakan ketua untuk skuad beliau. Beliau tamat dan dilepaskan secara rasmi pada 18 Ogos 2017.[20][21]

Rujukan

WikiPedia: Changmin http://www.donga.com/fbin/output?f=j__&n=200709200... http://www.donga.com/fbin/output?f=j__&n=200712040... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20150707001... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2011030223... http://www.newsis.com/article/view.htm?cID=&ar_id=... http://en.tenasia.com/2012/09/24/tvxq-reveals-catc...